Manusia kini sanggup berbuat apa sahaja demi mencari wang.
Terbaru, seorang lelaki dari Madellin dekat Colombia telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada menjual botol yang mengandungi udara bandar tersebut.
Menurut laporan, Madellin dikenali sebagai ‘Kota Musim Bunga Abadi’ kerana iklimnya yang nyaman sepanjang tahun. Disebabkan itu, Juan Carlos Alvarado mengambil kesempatan dengan menjual udara di bandar itu dalam botol yang dipek.
Juan menggunakan kaedah khas untuk memerangkap udara dan membungkusnya dalam botol kecil yang perlu dibersihkan dengan teliti bagi memastikan ia bebas daripada sebarang jenis bau.
Setiap botol udara yang dijual lelaki ini adalah pada harga AS$5 (RM22) setiap satu dan beliau telahpun menjual lebih 300 botol pada tiga hari pertama jualannya.
Sumber: Kosmo!