Jiran Kena Saman Gara-Gara Bunyi Pam Tandas Kuat

Sepasang suami isteri telah memfailkan tuntutan saman ke atas jiran yang menggangu mereka dengan bunyi pam tandas.

jiran kena saman gara-gara bunyi pam tandas kuat

Menurut laporan, pasangan itu dikatakan telah diganggu dengan bunyi pam tandas jiran mereka sejak dari tahun 2003 lagi.

 

Masalah ini bermula apabila jiran mereka yang terdiri daripada empat lelaki bersaudara membeli tandas baharu untuk rumah mereka di Gulf of Poets, Itali.

 

Sejak dari itu, pasangan suami isteri tersebut mengadu bunyi pam tandas yang dihasilkan adalah terlalu kuat, hingga kes dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

 

Katanya, bunyi tandas itu tidak boleh diterima mereka kerana ia terletak bersebelahan dengan dinding katil rumah mereka.

jiran kena saman gara-gara bunyi pam tandas kuat

Pada awalnya, hakim mahkamah telah menolak tuntutan tersebut, sebelum mereka membawa kes itu ke sebuah mahkamah rayuan di Genoa.

 

Hasil daripada pemeriksaan mendapati, bunyi daripada pam tandas itu jelas menggangu kualiti kehidupan pasangan ini kerana bunyinya yang amat bising.

 

Hakim kemudian memutuskan bunyi daripada pam tandas itu telah melanggar hak suami isteri itu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

 

Pasangan suami dan isteri tersebut telah menerima pampasan sebanyak €9,500 (RM45,120) hasil tuntutan saman ini.

 

Sumber: [1]