Tips Jimat Minyak Luar Biasa Hanya Guna Mangkuk?

Bahan api atau petroleum merupakan bahan asas bagi sesebuah kenderaan biasa untuk bergerak.

 

Namun disebabkan harganya yang kini semakin mahal, ramai yang mula mencari alternatif dan solusi bagi mengatasi masalah ini.

 

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi satu tips untuk menjimatkan kadar penggunaan petrol pada kenderaan iaitu dengan menggunakan mangkuk kaca.

tips jimat minyak luar biasa hanya guna mangkuk?

Meskipun kedengaran agak pelik, namun helah ini tetap meraih perhatian ramai pengguna laman sosial Tiktok.

 

Pempengaruh media sosial dari Britain, Anna (@moneyformillennials) telah berkongsikan kebijaksanaanya dalam menjimatkan petrol dan bahan api kenderaan.

tips jimat minyak luar biasa hanya guna mangkuk?

“Pernahkah anda mendengar mengenai helah luar biasa yang akan membantu anda mengurangkan penggunaan bahan api?

“Sudah tentu tidak seronok untuk melihat harga bahan api naik pada masa ini. Saya pasti anda juga berfikiran seperti saya, ‘bagaimana saya akan mengambil kira perkara ini dalam perbelanjaan saya?’

“Ada satu helah yang anda boleh lakukan. Ia mempengaruhi cara anda memandu dan disebabkan itu, ia mengurangkan jumlah bahan api yang anda perlukan.

“Helahnya adalah memandu seolah-olah anda mempunyai semangkuk air di tempat duduk penumpang anda,” katanya.

 

Difahamkan dengan menggunakan trik ini, seseorang itu akan memandu dengan lebih berhati-hati dan perlahan, seterusnya menjimatkan kadar penggunaan bahan api.

 

Gaya pemanduan yang disebut sebagai hypermiling ini membantu kenderaan anda untuk menggunakan sedikit sahaja bahan api semasa bergerak. Ia melibatkan juga perancangan laluan yang lebih cekap, dengan kelajuan rendah dan tidak kerap menekan brek.

tips jimat minyak luar biasa hanya guna mangkuk?

Memandu dengan laju dan sering menekan brek secara mengejut boleh menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.

 

Maka dengan menggunakan helah mangkuk kaca berisi air pada dalam kenderaan, ia akan memaksa seseorang itu memandu dengan lebih perlahan dan berhati-hati., seterusnya dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

 

Apa kata anda?

 

Sumber: Daily Star