Mudah Untuk Dibawa, Jepun Cipta Tandas Dalam Poket

Jepun sering tampil dengan idea ciptaan mereka yang unik, meskipun ada ketika ciptaan itu dilihat tidak berguna kepada manusia dan ada juga yang memudahkan urusan hidup.

.

Misalnya, sebuah syarikat Jepun yang dikenali sebagai Kokenawa Inc telah menghasilkan tandas paling kecil di dunia yang mana ia boleh dibawa ke mana-mana dan disimpan dalam poket.

mudah untuk dibawa, jepun cipta tandas dalam poket

Idea untuk menghasilkan tandas yang diberikan nama Pocketoilet itu tercetus pada 2019 selepas pengasasnya, Yoshinori Kokenawa menjadi sukarelawan di bandar Nagano yang terjejas akibat Taufan Hagibis.

.

Ketika itu beliau mendapati orang ramai terpaksa beratur panjang hanya untuk menggunakan tandas.

mudah untuk dibawa, jepun cipta tandas dalam poket

“Meskipun berjalan dengan pantas untuk sampai ke tandas, orang ramai terpaksa beratur sehingga 30 minit atau lebih lama untuk menggunakan tandas. Jadi, saya mahu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

.

Mempunyai saiz panjang 7 sentimeter dan lebar 6.5 sentimeter, Pocketoilet diperbuat daripada gentian khas dan bahan pembeku. Ia dipasang pada mana-mana bekas seperti tong sampah dan boleh terus digunakan dan kemudiannya dibuang.

mudah untuk dibawa, jepun cipta tandas dalam poket

Beberapa ujian telah dilakukan Komenawa dan mereka mendapati bahawa hampir tiada bau dihasilkan beg tersebut apabila ia dibiarkan di dalam tempat tertutup selama seminggu dengan keadaan berisi najis.

“Ia juga boleh disimpan di dalam beg tangan wanita, jadi kami berharap pembeli boleh membawanya walau ke mana-mana sahaja,” ujar Kokenawa.

 

Sumber: [1]