Jepun Bina Tandas Awam Lut Sinar

Bersempena dengan temasya Olimpik 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Jepun melancarkan proses gubahan semula secara besar-besaran terhadap kemudahan di bandar raya Tokyo.

jepun bina tandas awam lut sinar

Antaranya termasuklah Projek Tandas Tokyo yang melibatkan gantian tandas awam dengan reka bentuk yang lebih ‘mesra pelancong’ dan canggih.

Mengambil ilham daripada temasya Olimpik 1964 yang pertama kali memperkenalkan standard tinggi Jepun terhadap kebersihan dan kemajuan teknologi, tandas tersebut bukan sahaja menunjukkan penduduk negara itu mementingkan kebersihan, malahan juga menayangkan kehebatan reka bentuk dan fungsi serta kemudahan yang terdapat pada cetusan tempatan itu.

Biarpun tandas tersebut kelihatan lut sinar (transparent) dari luar dan dalam, ia bagaimanapun akan serta-merta bertukar menjadi legap (opaque) sebaik sahaja dimasuki pengguna, yang mana orang di luar tidak akan dapat melihat mereka yang sedang membuang air di dalam tandas tersebut.

Selain itu, tandas tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain, antaranya termasuklah kerusi bayi, ruang yang luas untuk kerusi roda.

Orang ramai tidak perlu lagi menggerakkan pintu untuk mengetahui sekiranya tandas tersebut sedang digunakan kerana dindingnya akan menjadi legas ketika ia terkunci dan digunakan.

Selain itu, kemudahan tersebut juga membolehkan orang ramai untuk melihat kebersihan tandas dari luar sebelum memutuskan untuk menggunakan ruang tersebut untuk membuang air.

Cetusan binaan itu dilihat sebagai satu langkah berani oleh Tokyo yang dikenali sebagai bandar raya yang menekankan kebersihan terhadap tempat-tempat awamnya.

Jika difikirkan semula, memadai sahajalah kerana Jepun sendiri dikenali sebagai sebuah negara yang mana rakyatnya sering menunjukkan kesedaran sivik tinggi di samping tahap kebersihan dan ketenteraman awam yang tidak dapat disangkal lagi.

 

 

 

Sumber: [1]