Lelaki Jatuh Sakit Lepas Jumpa Ekor Cicak Dalam Kari

Seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital selepas menemui ekor cicak dalam hidangan kari yang dimakannya di sebuah restoran.

lelaki jatuh sakit lepas jumpa ekor cicak dalam kari

Insiden yang berlaku di sebuah lokasi di daerah Kanpur, Uttar Pradesh dekat utara India menyebabkan lelaki itu jatuh sakit.

 

Menurut laporan, pelanggan yang hanya dikenali sebagai Jang Bahadur Singh telah singgah di restoran berkenaan ketika dalam perjalanan bersama seorang rakannya.

 

Ketika itu, mereka memesan hidangan kari yang diperbuat daripada kacang dan nasi.

lelaki jatuh sakit lepas jumpa ekor cicak dalam kari

Semasa sedang menikmati hidangan itu, beliau terkejut apabila menemui objek asing di dalam mangkuk karinya, sebelum dia sedar rupanya ia adalah ekor cicak.

 

Bahadur kemudian sempat merakamkan insiden itu dalam video dan memaklumkan kepada pemilik restoran. Malangnya, Bahadur dimarah olehnya dengan bahasa kesat.

 

Lebih malang, Bahadur kemudian mulai rasa tidak sihat dan muntah sebelum dia dimasukkan ke hospital.

 

Akibat daripada insiden itu, beliau memfailkan aduan terhadap pemilik restoran dan kes itu juga telah diadukan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Mirror