Hampir semua orang gemar memakai jam tangan ketika berada di luar rumah. Selain berfungsi memberitahu masa, jam juga mempunyai pelbagai fungsi lain termasuklah untuk bergaya.
.
Untuk itu, seutas jam ini pasti memberikan gaya tersendiri kepada si pemakai kerana ia adalah jam yang paling nipis di dunia, dengan ukuran ketebalan hanya 1.75mm.
Jam Richard Mille RM UP-01 Ferrari ini telah memecahkan rekod jam paling nipis yang dipegang oleh Piaget Altiplano Ultimate Concept (2mm) dan Octo Finissimo Ultra ciptaan Bulgari (1.8mm).
Mendapat sentuhan pereka jam terkenal dari Switzerland, Richard Mille dan kolaborasi bersama Ferrari, RM UP-01 direka dengan lebih nipis menggunakan titanium iaitu hanya setebal 1.75mm.
.
Reka bentuk jam tangan mekanikal paling nipis di dunia baharu adalah bukan konvensional, dengan masa dipaparkan oleh ruang yang sangat kecil di tengah bahagian atas jam tangan, dengan bulatan di sebelahnya adalah ruang imbangan. Dua bulatan yang lebih kecil di sebelah kiri jam tangan digunakan untuk mengakses pergerakan.
Selain itu, jam dengan berat hanya 2.82 gram itu juga kalis air pada kedalaman 10 meter dan boleh menahan pecutan sehingga 5,000 G. Lebih ekslusif, hanya 150 unit jam direka dan dijual di seluruh dunia.
Menurut Richard Mille, setiap satu jam memakan masa sehingga 6,000 jam untuk menghasilkannya. Untuk itu, maka tidak hairanlah ia mempunyai harga ‘cukup tebal’ iaitu 1.88 juta USD, atau bersamaan RM 8,350,020.00 untuk seutas jam paling nipis di dunia.
.
Sumber: [1]