Syarikat Ini Cipta Jalan Tar Dengan Bau Strawberi. Motif?

Pernahkah anda melalui kawasan jalan tar yang baru dibina dan mendapati ia mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan?

syarikat ini cipta jalan tar dengan bau strawberi. motif?

Bau jalan tar merupakan bau yang paling tidak menyenangkan di dunia khasnya kepada pengguna jalan raya.

.

Disebabkan itu, sebuah syarikat di wilayah Leningrad dekat Moscow telah menghasilkan bancuhan tar dengan bau strawberi bertujuan bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan ketika proses jalan dilakukan.

syarikat ini cipta jalan tar dengan bau strawberi. motif?

Menurut laporan syarikat itu menghasilkan 700 meter jalan tar dengan campuran bau strawberi.

.

“Idea tersebut dicetuskan oleh kontraktor di syarikat berkenaan kerana ramai orang tidak menyukai bau tar ketika bahan itu panas, terutamanya semasa proses menghasilkan atau membaiki jalan.

“Jalan itu yang terletak di daerah Vsevolozhsk merupakan sebahagian daripada projek Jalan Kualiti dan Keselamatan Tinggi yang dilaksanakan Russia,” menurut laporan tersebut.

.

Sebanyak 300 tan tar digunakan bagi menghasilkan jalan sepanjang 700 meter itu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa lama bau strawberi itu akan bertahan, cuma yang pasti bauan itu tidak sama sekali menjejaskan kualiti tar tersebut.

.

Mungkin nanti di Malaysia kita boleh perkenalkan jalan tar dengan bau buah-buahan tempatan seperti durian?

.

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN