Aneh, Kini Jadi Trend Buka Bonet Kereta Untuk Elak Kereta Dicuri

Aneh, namun itu yang sebenarnya sedang berlaku di kawasan San Francisco Bay Area dekat Amerika Syarikat apabila pemilik kenderaan sengaja membiarkan kereta diparkir dengan but terbuka, bagi mengelakkan kereta mereka dicuri.

aneh, kini jadi trend buka but kereta untuk elak kereta dicuri

Ia susulan kejadian kes kecurian kereta yang tinggi sejak beberapa bulan yang lalu, sekali gus membuatkan orang awam mula mencari taktik bagi mengelakkan kenderaan mereka dicuri.

 

Maka, mereka dengan sengaja membiarkan bonet atau but kereta terbuka bagi menunjukkan kepada pencuri bahawa tiada barangan berharga yang berbaloi dalamnya untuk dicuri.

aneh, kini jadi trend buka but kereta untuk elak kereta dicuri

Menurut pemilik kereta disitu, kaedah itu sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan kenderaan mereka daripada dipecah masuk oleh pencuri yang mencari kalau ada barangan berharga dalam kenderaan yang diparkir.

 

“Tiada apa di dalam kereta saya dan mereka (pencuri) boleh melihat bahawa tiada apa yang boleh diambil,” kata seorang pemilik sebuah perniagaan di Oakland, Parisa Hemmat.

 

Polis bagaimanapun memberi amaran kepada pemilik kenderaan untuk tidak melakukan perkara itu kerana risiko kecurian masih ada.

 

“Pencuri boleh mengambil bateri kereta dan juga tayar anda.

“Mereka (pencuri) juga boleh pergi ke ruang penyimpanan hadapan kereta dan tahu tempat tinggal anda. Ia seolah-olah ‘menjemput’ satu bencana lain,” kata bekas Timbalan Ketua Polis San Francisco, Garret Tom.

 

Sumber: [1]