Video Tertinggal Isteri Lepas Isi Minyak Raih Ribuan Tontonan

Kita mungkin biasa dengan situasi tertinggal barang dalam satu-satu perjalanan ke destinasi yang diingini.

 

Namun pernahkah anda tertinggal seseorang yang sepatutnya berada bersama anda dalam perjalanan itu juga?

 

Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang dilihat ditinggalkan suaminya yang membawa motosikal selepas mereka berhenti untuk mengisi minyak.

video tertinggal isteri lepas isi minyak raih ribuan tontonan

Dalam sebuah perkongsian rakaman CCTV yang dimuatnaik pemilik akaun TikTok @miszzue, dapat dilihat ada sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki bergerak sambil seorang wanita dengan topi keledar di kepala dibiarkan tertinggal di stesen minyak tersebut.

 

Perkongsian rakaman video tersebut telah meraih ribuan tontonan dan tanda suka di laman TikTok.

video tertinggal isteri lepas isi minyak raih ribuan tontonan

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan aksi bersahaja pasangan berkenaan, malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.

 

@miszzue sapa gelak n tengok ulang kali kita geng.... 🤣🤣...#fypシ #foryou ♬ original sound - miszzue

 

Sumber: Keluarga