Si Isteri Mengamuk, Gigit Telinga Kanan Suami Sampai Putus

Seorang wanita yang berang dengan suami selepas bertikam lidah sesama mereka bertindak diluar kawalan dengan menggigit telinga kanan suaminya hingga putus.

si isteri mengamuk, gigit telinga kanan suami sampai putus

Kejadian yang berlaku di luar daerah Sultanpuri dekat New Delhi, India, pada Ahad lalu melibatkan mangsa yang berusia 45 tahun.

 

Menurut mangsa, beliau hanya meminta isterinya membersihkan rumah sebelum beliau keluar membuang sampah di luar rumah.

 

“Saya pergi membuang sampah di luar rumah sekitar 9.20 pagi pada 20 November lalu. Saya meminta isteri membersihkan rumah.

“Tidak lama selepas saya pulang ke rumah, isteri saya mula bergaduh dengan saya kerana isu yang tidak diketahui,” lapor mangsa kepada polis.

 

Menurut mangsa, ketika bertengkar si isterinya ada memintanya untuk menjual rumah dan memberi sebahagian hasil jualan itu supaya dia dapat tinggal berasingan bersama anak-anak.

si isteri mengamuk, gigit telinga kanan suami sampai putus

“Saya cuba membuat dia faham, tetapi pertengkaran mulut berlaku. Dia juga cuba memukul saya, tetapi saya menolaknya. Ketika saya berjalan keluar dari rumah, dia (isteri) memegang saya dari belakang dan dalam keadaan marah menggigit telinga kanan saya dengan kuat sehingga bahagian atas telinga saya terputus.

“Anak saya membawa saya ke Hospital Sanjay Gandhi di Mangolpuri untuk mendapat rawatan,” kata mangsa kepada polis.

 

Susulan itu, mangsa memfailkan laporan terhadap perbuatan isterinya selepas menerima rawatan.

 

Sumber: NDTV