Seorang lelaki di India bertindak luar kebiasaan apabila membawa ular yang mematuk isterinya ke hospital bersama-sama mereka.
Kejadian berlaku di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular bertindak menggigit kaki isteri lelaki yang bernama Ramendra Yadav.
.
Jika kebiasaannya ular yang mematuk akan dipukul hingga mati atau diusir keluar, namun lelaki itu bertindak luar kebiasaan apabila menangkap ular tersebut lalu memasukkannya ke dalam botol.
.
Dia kemudian membawa isteri dan ular ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
.
Doktor yang pelik dengan tindakan Ramendra bertanya tujuannya membawa bersama ular berkenaan.
.
“Ini sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isteri saya. Saya boleh terus tunjukkan kepada mereka.
“Saya akan lepaskan ular ini kembali ke hutan selepas isteri saya dibenarkan keluar hospital,” kata Ramendra.
.
Sumber: [1]