Nuget adalah sejenis makanan segera yang berasaskan ketulan ayam, daging atau ikan yang dilapisi dengan tepung roti ayau bater, kemudian digoreng atau dibakar.
.
Ia telah menjadi menu popular di restoran makanan segera sejak mula dicipta pada tahun 1950 lagi.
.
Baru-baru ini, duo masakan popular iaitu Nick DiGiovanni dan Lynn ‘Lynja’ Davis telah mencatatkan rekod dunia Guiness apabila menghasilkan nuget ayam terbesar di dunia dengan berat mencecah 20.96 kilogram (kg).
Ia mempunyai saiz 115 kali ganda lebih besar daripada nuget biasa dengan menggunakan beberapa bahan utama seperti 18kg ayam kisar, 40 biji telur, 40 keping roti putih, 1.8 liter susu, tiga perempat cawan serbuk bawang, secawan garam dan setengah cawan lada hitam.
Nuget gergasi itu kemudian disapu dengan telur yang dipecahkan dan disaluti serbuk roti sebelum ia dibakar. Malah mereka terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memasak nuget paling besar di dunia ini.
Guiness World Records mengesahkan gelaran itu dan mengumumkan rekod tersebut pada Sabtu lepas.
.
Sumber: [1]