Lain Macam! Influencer Di China Ini Buat Mukbang Makan Ikan Jerung!

Seorang influencer dari China terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang selepas cubaan memanggang dan memakan jerung putih gergasi demi merakamkan konten video untuk dimuat naik ke media sosial.

lain macam! influencer di china ini buat mukbang makan ikan jerung!

Dalam video tular influencer yang dikenali sebagai Tizi itu, kelihatan dia sedang menjamu selera ikan pemangsa yang besar tersebut. Bagaimanapun, Ahad lalu, pihak polis di pusat bandar Nanchong mengesahkan bahawa ikan yang dimakannya adalah jerung.

“Ia mungkin kelihatan garang, tetapi dagingnya benar-benar sangat lembut,” kata Tizi sambil mengoyak ketulan besar daging panggang haiwan itu dalam video yang dimuat naik sekitar pertengahan Julai lalu.

Dalam video yang telah dipadamkan itu, dia dilihat membuka balutan ikan sepanjang dua meter sebelum berbaring sebelahnya bagi menunjukkan bahawa ikan itu lebih panjang daripadanya.

jerung putih gergasi itu kemudian dihiris, diperap, dan dipanggang, manakala kepalanya pula dimasak dalam kuah pedas.

Sebagai info, jerung putih gergasi disenaraikan sebagai spesies terdedah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi. 

Di China, haiwan tersebut didaftarkan sebagai haiwan untuk dilindungi yang mana sebarang pemilikan haram boleh membawa kepada hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Setakat ini, masih belum jelas sekiranya Tizi yang mempunyai kira-kira 8 juta pengikut, akan dihukum pihak berkuasa atau sebaliknya.

 

Sumber: Kompas

ARTIKEL BERKAITAN