Pertandingan Buang Angin Terpanjang Peringkat India

Memang betul buang angin tu baik untuk kesihatan tetapi ia kurang baik jika diperlakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja dalam kawasan yang ramai orang sebab ini boleh mencetuskan ketidakselesaan lebih-lebih lagi jika ada bau yang ‘kurang menyenangkan’.

Berbeza pula di India. Pertandingan yang dikenali sebagai What The Fart (WTF) memerlukan korang untuk menghasilkan bunyi buang angina yang paling merdu, paling lama dan paling kuat.

pertandingan buang angin terpanjang peringkat india

Pengasas kepada acara ini dicetuskan oleh seorang penyanyi berusia 48 tahun yang dikenali sebagai Yatin Sangoi bersama rakannya, Mul Sanghvi.

pertandingan buang angin terpanjang peringkat india

“Saya terkentut ketika menonton filem bersama keluarga dan salah seorang daripada mereka tertawa, lalu mengatakan bahawa jika ada pertandingan, pasti saya akan menang.”

“Saya mahu normalkan semula amalan kentut. Bahkan 20-25 tahun yang lalu, orang biasa kentut secara terbuka. Tetapi sekarang mereka menganggapnya kotor, sering dimalukan apabila kentut di depan umum,” jelas Sangoi.

Pertandingan ini mendapat sambutan, lebih 40 orang yang telah mendaftar untuk sertai pertandingan tersebut. Perserta diwakili dari Jaipur, Hyderabad dan Mumbai.

pertandingan buang angin terpanjang peringkat india

Menurut Sangoi, pertandingan ini akan berlansung pada 22 September dan beliau sarankan para semua peserta supaya banyakkan pengambilan makanan seperti kekacang, lobak merah dan kentang rebus kerana ini dapat memguatkan lagi tenaga buang angin.

Wang tunai berjumlah 5-15 ribu Rupee bakal dibawa pulang kepada siapa yang berjaya memenangi pertandingan ini.

Sumber : India Today Vice