India Mungkin Tukar Bunyi Hon Kepada Bunyi Alat Muzik

Bunyi hon kenderaan sama ada daripada kereta, lori mahupun bas sememangnya sangat membingitkan pengguna jalan raya. Tambah pula dengan kesesakan lalu lintas di bandar dan ibukota, pasti ia membuatkan ramai berasa tertekan.

india mungkin tukar bunyi hon kepada bunyi alat muzik

Antara bandar yang padat dengan kenderaan adalah India. Bunyi hon kenderaan adalah antara pencemaran bunyi yang terjadi sejak sekian lama disini.

india mungkin tukar bunyi hon kepada bunyi alat muzik

Disebabkan itu, Menteri Pengangkutan India, Nitin Gadkari mencadangkan penggubalan undang-undang yang akan menggantikan bunyi hon kenderaan di negara itu kepada bunyi peralatan muzik.

 

Cadangan itu kini sedang diteliti dan akan diputuskan tidak lama lagi.

 

Menurutnya, bunyi hon kenderaan yang bising boleh diubah kepada instrumen muzikal India yang lebih sedap didengari seperti seruling, tabla, biola atau harmonium.

india mungkin tukar bunyi hon kepada bunyi alat muzik

Bunyi itu tidak terhad kepada bunyi hon sahaja, malah bunyi siren daripada ambulans atau kenderaan polis yang bingit juga sedang diteliti untuk ditukar kepada bunyi yang lebih menyenangkan.

 

India merekodkan jumlah kenderaan yang banyak setiap hari dengan jalan raya sesak dipenuhi kenderaan seperti kereta, teksi, beca, motosikal, bas dan juga lori. Hon kenderaan dianggap sama penting seperti pemecut dan digunakan secara kerap bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain. Maka disebabkan itulah berlakunya pencemaran bunyi yang sangat tinggi di negara tersebut.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN