Ikan Tuna Dijual Pada Harga RM7.4 Juta Seekor!

ikan tuna dijual pada harga rm7.4 juta seekor!

Berapa mahal harga seekor ikan yang korang pernah makan? Percaya tak ada ikan yang dijual dengan harga RM 7 Juta?
 

Baru-baru ni, seekor ikan tuna sirip biru telah berjaya dilelong. Tapi harga yang dilelong tu adalah bernilai RM7.4 Juta seekor. Wow!

 

Acara lelongan itu telah diadakan di pasar Ikan Toyosu di Tokyo, Jepun. Menurut laporan Reuters, ikan tuna tersebut telah ditangkap di perairan sebelah utara Aomori.

 

Berat ikan tersebut adalah 276 kilogram. Kalau ikut harga pasaran, ia boleh dijual dengan harga RM26,567 sekilogram. Perghhh!

 

Korang tau tak siapa yang berjaya membida dengan harga yang tinggi tu?

 

Ketua syarikat rangkaian restoran sushi terkenal, Sushizanmai! Perghhhh.

 

 

Sumber: Astro Awani