Ikan Sepanjang 5 Meter Berjaya Ditangkap, Ramai Risau Ia ‘Petanda Buruk’

Baru-baru ini, sekumpulan nelayan di Chile telah berjaya menangkap seekor spesis ikan aneh sepanjang 16 kaki (5 meter).

ikan sepanjang 5 meter berjaya ditangkap, ramai risau ia ‘petanda buruk’

Ikan dari laut dalam itu ditangkap di luar pesisir pantai negara tersebut dan telah menjadi perhatian ramai. Orang ramai turut dilihat berpusu-pusu di jeti untuk melihat ikan berkenaan.

.

Ada yang membangkitkan kemunculan ikan itu dengan pelbagai teori termasuklah ‘petanda buruk’ yang akan berlaku seperti gempa bumi di bawah laut.

ikan sepanjang 5 meter berjaya ditangkap, ramai risau ia ‘petanda buruk’

Menurut lagenda rakyat juga, ikan laut dalam yang jarang ditemui itu digambarkan kononnya akan memberi petanda kurang baik yang akan berlaku pada masa depan. Misalnya berpuluh-puluh makhluk itu dikesan di Jepun sebelum kejadian gempa bumi di Fukushima berlaku pada tahun 2011 lalu.

.

Bagaimanapun, ikan jenis oar itu juga akan naik ke permukaan jika sakit, mati atau mengawan. Jadi kemunculannya ini masih belum dapat disahkan mempunyai kaitan dengan perubahan cuaca atau sebaliknya.

.

Sumber: [1]