Ibu Menang Kes Mahkamah Usir Keluar Dua Anak Lelaki Pemalas Dari Rumah

Seorang ibu baru-baru ini telah memenangi kes mahkamah untuk mengusir keluar dua anak lelakinya dari rumah, gara-gara kerana mereka enggan meninggalkan kediamannya walaupun sudah bekerja.

ibu menang kes mahkamah usir keluar dua anak lelaki pemalas dari rumah

Kejadian berlaku selepas wanita berusia 75 tahun dari bandar Pavia dekat utara Itali telah lama menyuruh kedua anaknya yang masing-masing berusia 42 dan 40 tahun supaya berpindah dari rumah keluarga kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan serta mampu menyewa kediaman sendiri.

 

Lebih mengecewakan, kedua-duanya tidak memberi sebarang sumbangan kewangan mahupun melakukan kerja di rumah.

 

Pemintaan wanita itu untuk kedua anaknya keluar dari rumah tidak diendahkan menyebabkan wanita itu berang lalu mengheret kes ini ke mahkamah.

ibu menang kes mahkamah usir keluar dua anak lelaki pemalas dari rumah

Kes yang amat jarang berlaku ini dibicarakan oleh Hakim Simona Caterbi yang bersimpati dengan keluhan si ibu, lalu memerintahkan dua lelaki berkenaan keluar dari rumah terbabit.

 

Dalam keputusan dibuat, hakim berpendapat bahawa adalah menjadi kewajipan ibu bapa menyediakan nafkah seperti tempat tinggal kepada anak sehingga usia anak mencecah 18 tahun. Namun kewajipan itu tidak lagi wajar apabila anak sudah mencecah usia 40-an.

 

Kedua-dua lelaki terbabit kini diberi tempoh sehingga 18 Disember depan untuk berpindah keluar dari rumah ibu mereka sendiri.

 

Sumber: Utusan Online