Pelbagai teknologi masa kini yang memudahkan urusan kita seharian, khasnya dalam berkomunikasi antara satu sama lain.
Antara teknologi yang cukup berguna masa kini adalah borang atas talian, yang mana memudahkan seseorang itu untuk mendapatkan maklum balas daripada orang lain hanya dihujung jari.
Begitulah yang dipraktikan seorang ibu yang menggunakan Google Form, semata-mata bagi mendapatkan maklumat sama ada anaknya sudah makan atau sebaliknya, seperti yang tular di media sosial Indonesia.
Kisah Google Form ini dikongsikan si anak menerusi akaun Tiktok @o..range.
Menurutnya, ibunya menghasilkan Google Form itu untuk bertanyakan sama ada dia sudah makan atau belum, dengan pilihan jawapan ‘sudah’ dan ‘belum’.
Video itu mendapat perhatian ramai netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Cara orang tua membuat anak mereka bahagia itu berbeza-beza ya,” komen seorang netizen.
“Seronok melihatnya, semoga si ibu terus sihat ya,” komen netizen lain.
Sumber: [1]