Tergamaknya...Ibu Sanggup Jual Anak RM20 Ribu Demi Lunaskan Hutang

Seorang ibu di Rusia tergamak menjual anak sendiri demi melangsaikan hutang yang ditanggung.

tergamaknya...ibu sanggup jual anak rm20 ribu demi lunaskan hutang

Memetik laporan The Metro UK, wanita bernama Nargiza itu telah diperangkap oleh sukarelawan daripada sebuah badan amal anti-perhambaan, Alternativa yang menyamar sebagai pembeli.

Dia kemudian ditahan di bawah undang-undang pemerdagangan kanak-kanak Rusia.

Wanita berkenaan didakwa mengiklankan penjualan anak lelakinya dengan harga £4,000 (RM21,599.48) sebelum bertemu dengan “pembeli” di medan selera sebuah pusat beli-belah yang terletak di Yekaterinburg, Rusia.

Ketika membawa anak tersebut, kanak-kanak itu dilaporkan berkata “tidak kisah” untuk tinggal bersama keluarga baru.

Wanita tersebut kemudian ditahan sementara anaknya itu diberikan rawatan perubahan.

Menurut Nargiza, suaminya tidak menyukai anak sulung mereka demikian memutuskan untuk menjualnya untuk membayar hutang. Selain kanak-kanak tersebut, Nargiza juga memiliki dua anak lain. 

Keluarga mereka dilaporkan menetap di sebuah apartmen dua bilik dan kini sedang membina rumah sendiri dengan pendapatan £1,650 (RM8,909.78) sebulan.

 

Sumber: SinarPlus

ARTIKEL BERKAITAN