Seorang wanita tidak menyangka bakal menantu yang juga pengantin perempuan rupanya anak kandungnya yang terpisah sejak 20 tahun yang lalu.
Segalanya disedari apabila wanita itu ternampak tanda lahir pada tangan bakal menantunya ketika hadir di majlis perkahwinan berkenaan yang berlangsung di wilayah Jiangsu, dekat Beijing, China.
Selepas terlihat tanda lahir itu, wanita berkenaan berjumpa ibu bapa pengantin perempuan sebelum bertanyakan sama ada bakal menantunya itu adalah anak angkat mereka sejak 20 tahun lalu.
Tindakan wanita itu nyata mengejutkan ibu dan bapa pengantin perempuan kerana ia adalah rahsia keluarga mereka sejak sekian lama.
Mereka kemudian mengaku anak perempuan mereka itu adalah anak angkat yang dibesarkan sejak bayi selepas menemuinya di tepi jalan.
Selepas sedar bakal ibu mertua itu rupanya ibu kandungnya yang terpisah sekian lama, pengantin perempuan gagal menahan air mata dan menyifatkan detik itu lebih indah berbanding majlis perkahwinannya sendiri.
Tatkala majlis perkahwinan itu nyaris dihentikan kerana bimbang berlaku perkahwinan sesama saudara kandung, satu lagi rahsia dibongkarkan oleh pihak keluarga lelaki.
Mereka mendedahkan, anak lelaki mereka itu juga anak angkat yang diambil selepas usaha keluarga itu mencari anak perempuannya yang hilang 20 tahun lalu gagal. Mereka mengambil anak lelaki ini sebagai anak angkat lalu membesarkannya dalam keluarga tersebut.
Selepas sedar tiada ikatan saudara antara kedua-dua pengantin, majlis perkahwinan mereka diteruskan dengan satu perasaan yang sangat indah.
Sumber: Daily Star