Bukti Cinta Pada Pasangan, Hungary Teruskan Pertandingan Dukung Isteri

Meskipun berhadapan dengan kesukaran akibat pandemik COVID-19, satu pertandingan unik di Hungary tetap dilangsungkan untuk kali yang kedua dianjurkan di negara tersebut.

bukti cinta pada pasangan, hungary teruskan pertandingan dukung isteri

Seramai 40 penduduk Hungary sanggup mengendong isteri mereka bagi membuktikan kecintaan masing-masing dalam satu pertandingan mendukung isteri.

 

Dianjurkan buat kali yang kedua di Hungary, penganjur acara, Gergely Guraly berkata pertandingan kali pertama diadakan Oktober lalu hanya menarik minat 12 pasangan sahaja.

bukti cinta pada pasangan, hungary teruskan pertandingan dukung isteri

“Kita sudah melalui saat sukar disebabkan pandemik Covid-19 dan kita perlu merasai kegembiraan dan keceriaan di tempat terbuka,” katanya.

 

Menurut Guraly lagi, pihaknya sudah melakukan persiapan bagi acara berkenaan sejak dari Januari yang lalu.

 

Pertandingan mendukung isteri adalah antara tradisi yang dianjurkan di Finland sejak tahun 1990.

bukti cinta pada pasangan, hungary teruskan pertandingan dukung isteri

Sumber: [1]