Bilionair Cipta Hummer Terbesar Di Dunia, Cecah Lebih 6 Meter!

Seorang bilionair dari UAE telah membangunkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Hummer H1 terbesar di dunia yang mencapai ketinggian 6.5 meter.

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

Menurut laporan, Sheikh Hamad Hamdan Al Nahyan telah membina kenderaan itu yang mempunyai dua tingkat, tangga, sebuah tandas dan ruang tamu pada bahagian dalamnya.

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

Kenderaan pacuan empat roda yang digelar Hummer H1 X3 itu mempunyai panjang 14 meter, lebar 6 meter dan tinggi 6.5 meter, kini ditempatkan di Muzium Sejarah Sharjah Off Road, Dubai.

.

Ia dibina menggunakan rangka kenderaan kargo amfibia berkulit keluli, LARC-LX Tentera Amerika Syarikat dan menggunakan empat enjin diesel.

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

Secara fizikalnya, ia mempunyai ukuran tiga kali ganda lebih besar daripada Hummer H1 dan 27 kali berdasarkan isipadu.

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

bilionair cipta hummer terbesar di dunia, cecah lebih 6 meter!

Menjengah ke dalam kenderaan gergasi itu, pada aras satu ia menempatkan tangga, tanas dan sinki. Manakala aras dua pula ruangan khas untuk tetamu dengan sudut pemandangan 360 darjah.

.

Sheikh Hamad merupakan ahli keluarga diraja UAE dan kini memegang rekod dunia bagi koleksi kenderaan 4x4 paling besar iaitu sebanyak 718 model.

.

Sumber: [1]