Hujan Turun Setempat, Hanya Satu Kereta Je Basah

Hujan merupakan salah satu fenomena alam yang biasa terjadi. Ia biasanya akan turun membasahi satu-satu kawasan untuk tempoh masa tertentu.

 

Namun berbeza dengan situasi ini apabila hujan yang turun hanya membasahi sebuah kereta, sedangkan kawasan sekitarnya kering!

hujan turun setempat, hanya satu kereta je basah

Situasi aneh itu telah dirakamkan dalam satu video tular, menunjukkan hujan turun setempat di atas sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta yang sesak.

hujan turun setempat, hanya satu kereta je basah

Ketika kejadian, terdapat beberapa buah lagi kereta lain yang diletakkan berhampiran kereta SUV berwarna putih itu. Keadaan itu dilihat seolah-olah kereta itu berada dibawah pancuran air. Lokasi kejadian tidak diketahui.

 

 

Mendapat lebih 2 juta tontonan, fenomena aneh itu mendapat pelbagai reaksi berbeza dari warganet.

 

Sumber: India TimesTwitter