Hujan Duit Ketika Perarakan Perkahwinan

Sering kali kita terdengar perihal ‘duit jatuh dari langit’.

hujan duit ketika perarakan perkahwinan

Itulah yang benar-benar terjadi di Islamabad, Pakistan yang mana empat beradik berasal dari Mandi Bahauddin menyewa sebuah helikopter hanya untuk menjatuhkan duit dari ‘langit’ ketika berlangsungnya majlis perkahwinan adik bongsu mereka hinggakan acara tersebut menjadi bahan bualan warganet tempatan.

Menurut sumber, anggota lelaki keluarga tersebut telah menetap di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.

Manakala pengantin lelaki yang juga merupakan adik bongsu mereka, Rana Ibrar Hussain, tinggal di Pakistan untuk menjaga rumah dan tanah peninggalan keluarga.

Demikian itu, abang-abang pengantin tersebut yang pulang ke Pakistan berhasrat untuk menjadikan majlis perkahwinan adik bongsu mereka itu sebagai sesuatu yang sukar dilupakan.

Berikutan itu, mereka telah menyewa sebuah helikopter pada PKR 1.8 juta iaitu kira-kira RM 47, 297 untuk melempar kelopak mawar merah berserta wang kertas dari langit sepanjang perarakan mempelai berlangsung iaitu dari rumah pengantin lelaki menuju ke dewan perkahwinan.

Difahamkan, sekitar PKR 2 juta bersamaan dengan RM 52, 552.65 telah menghujani para peserta perarakan mempelai itu.

 

Sumber: Gulf News