Hotel Ini Tawar Bantuan Pada Wanita Frust Akibat Putus Cinta

Jika anda seorang wanita yang sedang bersedih akibat putus cinta dengan pasangan yang curang, ini adalah tempat yang sesuai dituju.

hotel ini tawar bantuan pada wanita frust akibat putus cinta

Dikenali sebagai Hotel Heartbreak, ia menawarkan program mewah Moving Beyond Betrayal selama tiga hari sebagai cara untuk ‘move on’.

 

Menurut laporan, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon telah melancarkan program itu pada tahun lalu khas buat wanita yang ingin mengubati hati terluka akibat cinta yang sudah berakhir.

hotel ini tawar bantuan pada wanita frust akibat putus cinta

Dengan bayaran sebanyak 2,500 pound (RM14,189), program itu akan dibuat di sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.

hotel ini tawar bantuan pada wanita frust akibat putus cinta

Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti cara melupakan bekas kekasih dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan.

 

Tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan bagi memberi inspirasi untuk mengubati hati yang terluka.

hotel ini tawar bantuan pada wanita frust akibat putus cinta

Menurut Alice, pengalaman dari program itu mampu memulihkan wanita yang menderita selepas putus cinta untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.

 

Sumber: [1]