Perkenalkan Hoss, Gumpalan Rambut Manusia Paling Besar Di Dunia!

Seorang pendandan rambut di Ohio telah mengorbankan sembilan tahun dalam hidupnya demi mencipta gumpalan rambut paling besar di dunia.

perkenalkan hoss, gumpalan rambut manusia paling besar di dunia!

Steve Warden yang menjalankan perkhidmatan salon di Cambridge, Ohio, telah mengumpulkan rambut-rambut pelanggannya sejak dari 2013 lagi.

 

Kini, ia mempunyai berat mencecah 102.12 kilogram dan gumpalan rambut gergasi itu diberi nama panggilan Hoss.

perkenalkan hoss, gumpalan rambut manusia paling besar di dunia!

Pernah mendapat perhatian dari Ripley’s Believe It or Not!, gumpalan rambut gergasi itu kini memegang rekod dunia dan masih belum ada mana-mana pihak yang memecahkannya lagi.

 

Menurut Steve, beliau melekatkan rambut-rambut yang dipotong menggunakan gam, sehinggalah ia menjadi sebesar dan Hoss si gumpalan rambut itu menjadi selebriti ketika acara pameran.

Malah, pada tahun 2018, satu pameran Comic Con di Orlando telah menggalakkan orang ramai untuk mendermakan rambut masing-masing bagi menghasilkan bebola rambut gergasi itu.

 

“Saya lakukan ini kerana saya sayang anak dan bakal cucu saya. Ia menunjukkan jika anda ada idea yang gila, jangan fikir apa orang lain hendak fikirkan,” ujar lelaki itu.

 

Sumber: [1]