Hobi Aneh, Lelaki Ini Kumpul Batu Celah Kasut Selama Setahun

Semua orang mungkin mempunyai hobi tersendiri. Kita mungkin biasa dengan hobi seperti berbasikal, membaca buku, dan bermain permainan video.

.

Pernahkah anda terfikir akan hobi mengumpul batu-batu kecil yang terlekat pada celah kasut anda?

hobi aneh, lelaki ini kumpul batu celah kasut selama setahun

Itu yang sebenarnya dilakukan seorang lelaki dari Jepun, Neruni Daisuki apabila beliau menghabiskan masa dalam setahun mengumpulkan batu kecil yang melekat pada kasutnya dan ia dijadikan sebagai hobi.

.

Lelaki itu yang juga seorang pelukis dan artis manga telah mencuri perhatian ramai di Twitter kerana hobinya yang aneh ini.

hobi aneh, lelaki ini kumpul batu celah kasut selama setahun

Menurutnya lagi, setakat setahun lalu beliau telah mengumpulkan 179 batu kecil, 32 serpihan kaca dan 1 skru yang semuanya pernah melekat pada kasut.

.

Beliau mendapat idea untuk mengumpulkan batu kecil itu ketika sedang mengeluarkannya pada satu hari.

.

“Apabila saya mengeluarkan batu kecil pada celah kasut yang baru dibeli, saya fikir sangat rugi jika saya terus membuangnya, jadi mungkin menarik untuk saya kumpulkannya sahaja,” kata Daisuki.

hobi aneh, lelaki ini kumpul batu celah kasut selama setahun

Beliau mula mengumpulkan batu kecil ini ketika perintah berkurung akibat COVID-19 pada Jun tahun lalu dan kini sudah setahun berlalu. Rata-rata yang mendengar akan hobi Daisuki memuji ketekunannya untuk mengumpulkan batu kecil dan tidak ramai mampu untuk kekal konsisten sebegitu selama lebih satu tahun.

.

Sumber: [1]