Lihat Sendiri Betapa Rumitnya Lebuh Raya Bertingkat Ini

Sekali pandang imej ini mungkin nampak seperti gumpalan tali yang diletakkan diatas satu sama lain.

lihat sendiri betapa rumitnya lebuh raya bertingkat ini

Namun sebenarnya ia adalah jejambat lebuh raya bertingkat yang dianggap sebagai jejambat paling rumit di dunia.

 

Jejambat lima tingkat yang mempunyai 20 laluan ini terletak di Huangjuewan dekat Chongqing, China, menghubungkan tiga lebuhraya utama.

lihat sendiri betapa rumitnya lebuh raya bertingkat ini

Imej dari atas yang menunjukkan laluan itu telah menimbulkan pelbagai kejutan dan kebimbangan terutamanya dalam kalangan pemandu.

 

Ada yang bertanya bagaimana jika terlepas simpang kerana ia mempunyai banyak lorong dan laluan untuk dipilih. Ada juga yang berfikir bagaimana agaknya navigasi seperti Waze dan Google Maps memberi arahan apabila berada di laluan tersebut.

lihat sendiri betapa rumitnya lebuh raya bertingkat ini

Jejambat Huangjuewan telah disiap dibina pada 2017 dan dianggap sebagai salah satu keajaiban seni bina di dunia. Malah arkitek yang bertanggungjawab membina laluan ini sudah pun mengambil kira kemungkinan pemandu untuk terlepas simpang dengan menambah tanjakan tambahan bagi membantu pemandu memusingkan kenderaan.

Jika seseorang itu terlepas simpang atau lorong, pemandu mempunyai pilihan keluar dalam masa 10 minit dan papan tanda jalan sangat jelas diletakkan sepanjang laluan.

 

Di Malaysia, kita juga mempunyai laluan yang hampir serupa seperti ini iaitu lebuhraya DASH di Damansara yang mempunyai ketinggian 44.5 meter, atau bersamaan bangunan 10 tingkat.

lihat sendiri betapa rumitnya lebuh raya bertingkat ini

Sumber: HMetro