Topi Keledar Kuning Ini Terjual Pada Harga RM86,000! “Hobi Kami Mahal..”

Topi keledar atau helmet merupakan satu alat yang dipakai bagi memberi perlindungan kepada kepala daripada sebarang kecederaan.

 

Ia terjual pada harga serendah RM30 setiap satu, siapa sangka harga sebuah topi keledar mampu mencecah hingga RM86,000!

topi keledar kuning ini terjual pada harga rm86,000! “hobi kami mahal..”

Menerusi hantaran di halaman Facebook FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop, sebuah topi keledar Shoei J-Force 2 telahpun dijual kepada seorang wanita secara tunai dengan harga RM86,000.

 

“Alhamdullillah rezeki malam nie..terjual shoei Jforce2 jack kuning ..thank you mackin @ekynrosny_… mai tengok belek-belek terus jadi,” jelas hantaran halaman Facebook FT Garage Racing-BIKE Helmet.

Hantaran itu nyata bukan sekadar kontent, sebaliknya ia memang dibeli pada harga setinggi itu, sehingga mendapat perhatian netizen.

topi keledar kuning ini terjual pada harga rm86,000! “hobi kami mahal..”

topi keledar kuning ini terjual pada harga rm86,000! “hobi kami mahal..”

Pemilik Facebook itu kemudian menjelaskan pembeli helmet itu adalah seorang pengasas produk selain berniaga untuk beberapa buah kantin.

 

Ada yang beranggapan dengan nilai RM86,000 itu, pengguna berkenaan boleh membeli sebuah kereta dengan tunai. Namun, minat manusia lain-lain kan?

 

Sumber: Facebook FT Garage Racing-Bike Helmet