Seorang wanita yang hadir untuk menonton permainan besbol dengan tidak semena-menanya mencuri perhatian ramai apabila dia menangkap bola dengan satu tangan sambil sebelah tangan lagi menggendong bayi.
Video tersebut kemudian tular di media sosial dan orang ramai menyatakan bahawa mereka terpegun dengan aksi bersahaja wanita itu.
Dalam video tersebut, bola besbol itu dibaling dari atas stadium dan menyebabkan orang ramai yang duduk berusaha untuk menangkap bola tersebut namun tidak berjaya.
Bola tersebut kemudian terus melantun hingga ia berjaya dicapai telapak tangan kanan wanita yang secara kebetulannya sedang menggendong bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.
Biarpun begitu, bayi tersebut kelihatan begitu tenang dan sedikit pun tidak menangis ketika ibunya melakukan lompatan untuk menangkap bola itu.
Video tersebut ditangkap ketika Liga Besar Besbol yang menyaksikan perlawanan antara San Diego Padres dan Chicago.
Menerusi entri di Twitter, kelab besbol San Diego Padres yang memuat naik video tersebut menggelar wanita itu dengan panggilan ‘ibu luar biasa’.
Dalam satu temu bual bersama Fox News, Lexy Whitmore berkata, “Ketika perkara ini menjadi viral dan orang mengongsinya, saya agak terkejut, tetapi saya rasa itu hanyalah sekilas daripada semua ibu yang melakukan pelbagai tugas di luar sana, anda tahu. Semua perkara ini terjadi dalam kehidupan harian, dan ini hanyalah potongan kecil daripadanya,” katanya.
Sumber: [1]