Baru-baru ini, satu fenomena unik telah berlaku di daerah Majalengka di Jawa Barat, kerana waktu tengaharinya tidak langsung muncul bayang-bayang.
Dikenali sebagai ‘Hari Tanpa Bayang-Bayang’, penduduk di daerah itu dilihat berdiri di ruang terbuka di bawah cahaya matahari dan merakam gambar mereka, tanpa bayang-bayang.
Menurut Kompas, seorang ahli meteorologi Majalengka, Ahmad Faa Izuin berkata, fenomena itu disebut sebagai kulminasi, dimana matahari akan berada tepat diatas kepala, yang menyebabkan bayang pada objek tegak akan hilang.
Katanya lagi, hari tanpa bayang-bayang turut dikesan berlaku di Sumedang, Kota dan Cirebon.
"Hari tanpa bayang-bayang Kota, pada 11.57 pagi: Cirebon, jam 11.58 pagi dan Sumedang, jam 12.00 tengah hari (waktu tempatan).
"Fenomena hari tanpa bayang-bayang ini akan berlaku setiap tahun," katanya.
Penduduk setempat dilihat mengambil kesempatan untuk mengambil gambar diri sendiri tanpa bayang-bayang sepanjang fenomena itu berlaku.
Sumber: Kompas