11 April 1954 Dinobatkan Hari Paling Bosan Dalam Sejarah Dunia

Pernahkah anda mengalami hari yang paling bosan seumur hidup anda?

11 april 1954 dinobatkan hari paling bosan dalam sejarah dunia

Jika ya, ia pasti tidaklah sebosan dengan tarikh 11 April 1954 yang juga dinobatkan sebagai hari paling bosan dalam sejarah di dunia.

 

Seorang pemprogram komputer, William Tunstall-Pedoe bertanggungjawab mengesan hari paling bosan dalam sejarah dunia pada abad ini menggunakan perisian enjin carian yang dicipta olehnya sendiri, dikenali sebagai True Knowledge.

 

Menggunakan algoritma yang menyusun kejadian dan peristiwa menarik setiap hari dan sepanjang tahun, True Knowledge melihat tiada apa perkara menarik pun yang berlaku pada tarikh 11 April 1954 di dunia.

 

Malah, Tunstall melihat tiada apa apa peristiwa besar berlaku seperti acara sukan, tayangan filem, kejatuhan pasaran saham atau apa apa perkara yang belaku pada hari berkenaan di seluruh dunia. Pendek kata, ia adalah hari yang sangat membosankan.

 

Satu lagi tarikh iaitu 18 April 1930, penduduk di England yang mendengarkan siaran radio ketika itu terkejut apabila tiada apa-apa berita yang disampaikan penyampai radio kerana tiada apa-apa laporan berita disampaikan pada hari berkenaan. Segmen berita ketika itu hanya dimainkan muzik dari piano.

 

Apa lagi hari paling boring dalam hidup anda? Kongsi dengan kami jom!

 

Sumber: [1]