Ada banyak hobi yang menjadi pilihan ramai di dunia ini. Mungkin yang membezakan hobi ini adalah nilai dan harga yang perlu dibayar untuknya.
Samalah kisah dengan pencinta barangan dan aksesori motosikal ini yang telah menawarkan cap topi keledar pada harga mencecah RM15,000!
Mungkin bagi mereka yang kurang berminat dengan bidang permotoran, tidak faham dan ‘tidak kenal barang’, namun cap yang dikatakan dari jenama terkenal Bell, berwarna kuning diraja ini dikatakan cukup rare untuk dijual kepada mereka yang berminat.
Pun begitu, harga yang ditawarkan itu menjadi perdebatan hangat di media sosial yang rata-ratanya menganggap harga itu langsung tidak masuk akal.
Ada yang berkata rupa cap itu buruk dan tidak patut dijual pada harga sedemikian, dan ada juga yang mendakwa hantaran itu sekadar jenaka semata.
Namun jika benar ia dijual pada harga tersebut, adakah anda sanggup untuk membelinya?
Sumber: [1]