Hanya Kucing Sahaja Boleh Dengar Bunyi Dari Video Ini. Jom Try!

Pernahkah anda melihat telinga kucing anda bergerak seakan mendengar sesuatu, namun ketika itu keadaan seakan senyap dan sunyi?

hanya kucing sahaja boleh dengar bunyi dari video ini. jom try!

Jangan pelik kerana pendengaran kucing bukanlah sama seperti manusia kerana menurut kajian kucing boleh mendengar bunyi frekuensi yang lebih rendah dan juga lebih tinggi berbanding kita.

 

Manusia secara umumnya boleh mendengar bunyi setinggi 20 kHz, manakala kucing boleh mendengar pada bunyi setinggi 65 kHz. Ia memberi kelebihan kepada haiwan ini untuk memburu mangsa seperti tikus atau mengesan kedudukan anak kucing berdekatan.

hanya kucing sahaja boleh dengar bunyi dari video ini. jom try!

Jom uji pendengaran kucing dan manusia dengan memainkan video dibawah. Manusia biasa mungkin tidak dapat mendengar sebarang bunyi pada video berkenaan. Tetapi pada kucing, ia sudah cukup untuk mereka menggerakkan telinga mereka yang seakan piring satelit dan berupaya mengesan dengan tepat dari mana datangnya bunyi tersebut.

Bunyi yang dihasilkan dalam video tersebut adalah pada frekuensi yang rendah, diluar kemampuan pendengaran manusia. Disebabkan itu, kucing masih boleh mendengar bunyi yang dimainkan walaupun ia sangat perlahan.

 

Jadi tidak hairanlah kucing anda mungkin sering melihat ke arah satu sudut kosong sambil menggerakkan telinga mereka, meskipun ketika itu anda berseorangan sahaja di rumah!

 

Sumber: The Catington Post