Tampil Berbeza, Wanita Ini Cetak Resume Atas Kek, ‘‘Effort Memang A+’’

Resume adalah ringkasan atau keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dan sebagainya untuk seseorang.

 

Ketika ramai yang menghantar resume dalam bentuk fizikal seperti kertas bercetak atau secara digital menerusi email, wanita ini tampil dengan resume yang cukup unik iaitu pada atas sebiji kek.

tampil berbeza, wanita ini cetak resume atas kek, ‘‘effort memang a+’’

Wanita itu, Karly Pavlinac Blackburn dari Amerika Syarikat (AS) telah menceritakan pengalamannya memohon pekerjaan di Nike dengan menggunakan sebiji kek.

 

“Beberapa minggu lalu, saya menghantar resume pekerjaan kepada Nike yang dicetak di atas sebiji kek yang boleh dimakan.

“Ia dihantar semasa Nike mengadakan majlis sambutan Hari Just Do It (JDI) yang dihadiri pemain terkemuka seperti LeBron James, Colin Kaepernick dan ramai lagi,” tulis Blackburn.

 

Menurut Blackburn, meskipun tiada kekosongan di Nike buat masa ini, beliau nekad mahu menunjukkan kepada syarikat tersebut akan kesungguhan dirinya untuk bekerja disitu.

 

Katanya, idea untuk mencetak resume pada kek timbul selepas melihat ramai rakan penghantar yang sanggup ‘menerjah’ parti tanpa sebarang jemputan. Disitu, beliau mendapat idea untuk menghantar resumenya pada atas kek.

 

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan daripada Nike mengenai kek yang dihantar wanita ini.

 

Sumber: Kosmo!