Seorang wanita bernama Kate Hashimoto yang berasal dari New York menjadi tular kerana sifatnya yang bakhil.
Biarpun dirinya tinggal di salah satu bandar termahal di dunia, Hashimoto menjelaskan bagaimana dia berupaya menjalani kehidupan dengan kos anggaran sebanyak RM837 sebulan.
Kongsinya, dia mengaku bahawa dia tidak suka menghabiskan wang untuk membeli peralatan mandian dan tidak membeli kertas tandas.
Sebagai tambahan, dia tidak menghantar pakaiannya untuk dicuci hampir tiga tahun dan hanya memilih untuk mencucinya sendiri di bilik mandi.
“Saya telah tinggal di New York selama tiga tahun, walaupun ia adalah bandar paling mahal untuk tinggal di sini,” katanya.
“Sekiranya saya perlu mengeluarkan wang, saya cuba untuk menjauhinya, saya akan mencuba untuk membayar sesikit mungkin,” tambah dia lagi.
Dia mengatakan bahawa tempat tidurnya dibuat daripada tikar yoga lama, yang disusun dalam timbunan, dan meja makannya diperbuat daripada susunan majalah.
Mungkin ia kedengaran melampau, tetapi Hashimoto menganggap bahawa dengan menolak mengeluarkan wang untuk perabot, dia menyelamatkan dirinya daripada membazir.
“Saya menyediakan tempat saya dengan mengambil perabot yang dibuang di jalan sebelum lori sampah mengambilnya, saya telah menyimpan beberapa ribu dolar untuk perabot,” jelasnya.
Walaubagaimanapun, penjimatannya itu tidak terhenti di situ, Hashimoto malah mengaku tidak mahu memasak bagi memastikan bil elektrik tetap rendah selain menggunakan mesin cuci pinggan mangkuk dan oven sebagai tempat simpanan barang.
Bukan hanya itu, Hashimoto juga mengatakan dia telah lama tidak membelikan sesuatu yang baru buat dirinya sendiri dalam tempoh lapan tahun ini.
Sumber: [1]