Graham, ‘Manusia’ Di Dunia Paling Selamat Dari Kemalangan

Arca manusia mutan yang diberi nama Graham mungkin menjadi satu-satunya ‘manusia’ yang boleh selamat jika terlibat dalam kemalangan kereta.

graham, ‘manusia’ di dunia paling selamat dari kemalangan

Menurut laporan, model robot yang direka khas itu mempunyai ciri keselamatan seperti tengkorak dengan zon renyuk, dada berbentuk tong dengan tisu lemak mengelilinginya dan beg udara antara rusuk.

graham, ‘manusia’ di dunia paling selamat dari kemalangan

Graham dicipta oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan Australia (TAC) untuk mempunyai semua bahagian badan yang diperlukan manusia untuk selamat jika mengalami pelanggaran berimpak tinggi tanpa teknologi keselamatan dalam kenderaan.

 

Meskipun dia mungkin tidak begitu menarik untuk dilihat, Graham mungkin satu-satunya manusia paling selamat di Bumi.

graham, ‘manusia’ di dunia paling selamat dari kemalangan

Dia juga tidak mempunyai leher, hidung cengkung, beg udara antara rusuk dan anggota badan yang boleh dibengkokkan ke setiap arah.

graham, ‘manusia’ di dunia paling selamat dari kemalangan

graham, ‘manusia’ di dunia paling selamat dari kemalangan

Manusia mutan ini diperbuat daripada gentian kaca, silikon, rambut manusia dan dicipta oleh artis yang berpangkalan di Melbourne, iaitu Patricia Piccinini.

 

Menurut Patricia, reka bentuk Graham itu membolehkan orang ramai merasai apa yang cuba disampaikan dan berasa empati terhadapnya.

“Kereta telah berkembang jauh lebih pantas daripada manusia dan Graham membantu kami memahami mengapa kami perlu menambah baik setiap aspek sistem jalan raya untuk melindungi diri kita semua daripada kesilapan diri sendiri,” demikian pula kata Ketua Pegawai Eksekutif ,TAC Joe Calafiore.

 

Sumber: [1] [2]