Seekor gorila seberat 190.5 kilogram di zoo Lincoln Park dekat Chicago telah disisihkan daripada kawanannya yang lain gara-gara asyik bermain dengan telefon pintar.
Gorila yang bernama Amare sebelum ini dilihat gemar mengambil swafoto dan menonton video Youtube.
.
Ekoran daripada itu, penjaga zoo ini mengarahkan pengunjung untuk tidak lagi menunjukkan telefon pintar mereka kepada Amare, malah pihak zoo terpaksa membina zon penampan dengan tali. Ia bagi menghalang pengunjung daripada menunjukkan telefon mereka kepada gorila ini.
.
Amare juga pernah diserang oleh gorila lain berikutan haiwan itu tertanggu dengan peranti seorang daripada pengunjung.
Pihak zoo berasa bimbang Amare akan dibuli kerana ketagihannya terhadap telefon pintar yang digunakan untuk melihat gambar individu lain, haiwan peliharaan malah gambar diri sendiri.
.
“Pihak kami bimbang mengenai Amare yang menggunakan sebahagian besar masanya untuk melihat gambar orang lain di telefon pintar.
“Kami lebih gemar haiwan itu menghabiskan masanya bersama kawanannya dan ‘belajar menjadi gorila’,” kata pengarah zoo, Stephen Ross.
.
Ketagihan Amare dilihat semakin menjadi-jadi kerana dia sering duduk di sebelah dinding kaca agar dapat mendekati pengunjung zoo yang merakam gambarnya menerusi telefon pintar masing-masing.
.
Sumber: [1]