Sukar Bernafas Rupanya Ada Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung

Seorang lelaki berusia 38 tahun mengadu mengalami masalah sukar bernafas melalui hidung kanannya, sebelum memutuskan untuk ke sebuah hospital di New York.

 

Hasil pemeriksaan lanjut menemui sebatang gigi tumbuh dalam rongga hidung kanannya hingga mengejutkan pakar bedah.

gigi tumbuh dalam rongga hidung ganggu lelaki ini bernafas

Lelaki itu yang mengunjungi Mount Sinai Health System di New York telah menjalani ujian rinoskopi menggunakan kamera kecil yang dimasukkan ke dalam lubang hidung kanannya.

 

Hasil pemeriksaan menemui gigi ektopik, iaitu gigi yang tumbuh di tempat tidak normal berukuran sepanjang 15.24 sentimeter.

gigi tumbuh dalam rongga hidung ganggu lelaki ini bernafas

Penemuan yang dibuat pakar bedah Dr. Sagar Khanna dan Michael Turner ini juga telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM).

 

Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gigi tersebut. Akhirnya, beliau mampu bernafas secara normal melalui kedua-dua lubang hidungnya tanpa sebarang komplikasi.

 

Sumber: [1]