Remaja Sakit Kepala Ada Gigi Terbenam Dalam Tengkorak Lepas Digigit Rakan

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kesakitan selama 12 hari selepas kepalanya digigit rakan sebaya.

remaja sakit kepala ada gigi terbenam dalam tengkorak lepas digigit rakan

Insiden berlaku ketika mangsa dan rakannya itu sedang bermain bola, hingga menyebabkan salah satu daripada gigi rakannya itu terbenam dalam tengkorak kepalanya.

 

Remaja lelaki itu pada mulanya tidak mendapatkan rawatan selepas digigit rakannya. Namun selang lima hari kemudian, dia mengadu luka dikepalanya itu semakin sakit.

 

Ibu bapa remaja itu kemudian membawa anak mereka ke hospital dan doktor mendapati terdapat luka sepanjang 5 sentimeter pada bahagian kanan kepalanya yang sedang bernanah. Mangsa juga dilaporkan mengalami demam kuat.

 

Doktor memberikan antibiotik dan ubat demam kepada remaja itu, namun keadaannya hanya stabil selama 24 jam sebelum beliau merasa sakit semula.

 

Lapan hari selepas itu, remaja itu sekali lagi dibawa ke hospital dan menjalani ujian sinar-X. Hasil imbasan mendapati terdapat sebatang gigi terbenam pada tengkoraknya yang menjadi punca kepada sakit kepala yang dialaminya selama ini.

 

Lantas, pembedahan dilakukan bagi membuang gigi itu dan remaja terbabit dibenarkan keluar dari wad dua hari kemudian.

 

Persoalan mengapa dan bagaimana rakan sebayanya itu boleh mengigit kepala beliau masih belum diketahui.

 

Sumber: [1]