Sebuah keretapi yang tergelincir melebihi landasan hampir jatuh daripada platform. Namun, nasib pemandu keretapi tersebut agak baik kerana diselamatkan oleh ekor ikan paus yang berada pada hujung platform.
Sebenarnya, ekor ikan paus itu hanyalah skulptur yang diperbuat daripada polyester. Skulptur itu dibuat oleh Maarten Struijs dan ditempatkan di dalam air pada penghujung track tersebut pada tahun 2002. Ini lah yang dikatakan genius planning sebab sekurang-kurangnya sculpture tersebut ada fungsi selaind daripada perhiasan.
Nasib juga lah gerabak itu kosong sewaktu kejadian berlaku. Buat masa ini pihak berkuasa tempatan sedang mencari jalan untuk menurunkan gerabak tersebut yang berada 10 meter dari bawah pejalan kaki.
Kejadian berlaku di stesen keretapi Spijkenisse berhampiran Rotterdam.
Sumber: METRO