Generasi Y Paling Ramai Percaya Bumi Dikawal Makhluk Cicak

Aneh namun itulah kenyataannya apabila lebih seorang dalam setiap 10 individu generasi Y menganggap dunia dikawal makhluk asing cicak yang berbentuk seperti manusia.

generasi y paling ramai percaya bumi dikawal makhluk cicak

Perkara itu dinyatakan menerusi satu tinjauan pendapat di Britain, dan dilaporkan menerusi akhbar Daily Star baru-baru ini.

 

Generasi Y adalah mereka yang lahir antara tahun 1981 hingga 1996. Generasi ini juga lebih banyak membaca media online, filem atas talian, Whatsapp, Instagram dan Twitter.

generasi y paling ramai percaya bumi dikawal makhluk cicak

Dalam kajian tersebut, sebanyak 12 peratus mereka yang berusia 24 hingga 35 tahun itu percaya Teori Konspirasi Reptilia yang diperjuangkan bekas penyampai berita BBC dan penjaga gol Hereford United, David Icke.

 

Teori tesebut menyatakan makhluk asing reptilia seperti cicak atau buaya sebenarnya telah memerintah Bumi sejak berabad-abad lamanya dan muncul dalam bentuk manusia.

generasi y paling ramai percaya bumi dikawal makhluk cicak

Meskipun kedengaran tidak masuk akal, teori David Icke ini mempunyai penyokong di hampir 50 negara seluruh dunia. Ia termasuklah golongan milenial atau generasi Y yang paling mudah percaya teori tersebut. Tambah lagi, 2 peratus mereka berusia 55 tahun ke atas juga yakin dan percaya dengan idea berkenaan.

 

Kepercayaan aneh ini dilaporkan muncul ketika arahan untuk tindakan lebih tegas diambil terhadap mana-mana syarikat media sosial yang gagal memadamkan kandungan bersifat antivaksin dan berita tidak benar mengenai teknologi 5G.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN