Gara-Gara Obsesi Dengan Justin Bieber, Ibu Billie Eilish Pernah Terfikir Untuk Hantarnya Ke Terapi

Baru-baru ini, penyanyi popular Billie Eilish muncul dengan dokumentari pertamanya berjudul The World’s a Little Blurry.

gara-gara obsesi dengan justin bieber, ibu billie eilish pernah terfikir untuk hantarnya ke terapi

Dokumentari tersebut menceritakan tentang perjalanan penyanyi muda yang baru berusia 20 tahun itu dari bawah hingga berjaya bergelar bintang berpengaruh yang dikenali di serata dunia.

Namun, terdapat satu adegan yang cukup menarik perhatian peminat Billie sehingga menjadi bahan bualan.

Ia adalah apabila ibu kepada Billie, Maggie Baird mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk menghantar anak perempuannya itu ke sesi terapi gara-gara obsesi Billie yang tidak berkesudahan terhadap Justin Bieber!

Kebanyakan peminat Billie sudah pun ketahui tentang penyanyi kegemaran mereka yang sangat meminati Justin Bieber.

Turut terpapar dalam dokumentari tersebut ialah momen menyentuh hati ketika Billie bertemu dengan Justin di Coachella, hingga dia menangis ketika mereka berpelukan.

Akui Billie secara peribadi menerusi dokumentari tersebut, dia sememangnya seorang peminat tegar Justin Bieber.

Terdahulu, kedua-dua bintang pop global itu pernah berkolaborasi menerusi lagu hits Billie, “Bad Guy” apabila Justin mengajak Billie untuk berkolaborasi menerusi mesej tiga hari sebelum albumnya dilancarkan.

 

Sumber: Don’t Bore Us