Gara-Gara Kari Kambing, Pasangan Ini Terus Tak Jadi Kahwin

Satu pasangan di India terpaksa membatalkan perkahwinan mereka bukan kerana kehadiran orang ketiga, tapi sebaliknya disebabkan hidangan kari kambing.

gara-gara kari kambing, pasangan ini terus tak jadi kahwin

Segalanya bermula apabila keluarga bakal isteri tidak menghidangkan makanan kegemaran pengantin lelaki, membuatkan pihak lelaki terpaksa membatalkan perkahwinan mereka.

 

Ketika kejadian, lelaki bernama Ramakant Patra sudah pun tiba di Sukinda, Odisha untuk majlis perkahwinannya itu. Sebaik tiba bersama ahli keluarga, Patra disambt keluarga bakal isteri untuk makan tengah hari sebelum majlis perkahwinan bermula.

 

Namun, Patra kecewa apabila tiada hidangan kari kambing kegemarannya dihidangkan, lalu mempersoalkan perkara itu sebelum berlaku pertengkaran dengan keluarga bakal isteri.

 

Kemuncak pertengkaran berlaku apabila lelaki berusia 27 tahun itu nekad meninggalkan majlis perkahwinannya.

 

Apa yang mengejutkan, Patra dikatakan berkahwin pula dengan wanita lain sebelum pulang ke Rebanapalaspal sehari kemudian.

 

Sumber: Indian Express

ARTIKEL BERKAITAN