Buat pasangan kekasih jarak jauh, panggilan telefon adalah medium yang mendekatkan diri dengan si dia untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita masing-masing.
.
Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan masa berjam lamanya untuk bergayut dalam panggilan telefon sepanjang malam hingga ke awal pagi.
.
Samalah juga kisahnya pasangan kekasih dari Indonesia-Jepun yang sanggup meluangkan masa lebih 200 jam semata-mata untuk berhubung.
Menerusi perkongsian di TikTok, gadis remaja yang dikenali sebagai Cia Fei, mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai Andrew Ken, yang masih bersekolah dan bekerja separuh masa di Jepun.
.
Mereka berhubung melalui aplikasi Line dan katanya 200 jam itu adalah rekod berbual yang paling lama sepanjang perhubungan mereka.
Gadis itu juga tidak menyangka kisahnya ini akan menjadi tular dan hanya mengikut trend dengan idea yang tercetus daripada rakannya.
.
Katanya lagi, dia dan teman lelakinya bukan berbual sepanjang tempoh 200 jam itu sebaliknya hanya melakukan aktiviti masing-masing sambil membiarkan panggilan berjalan.
"Kami tidak hanya duduk di hadapan komputer riba untuk berbual kerana melakukan aktiviti masing-masing pada waktu yang sama.
"Jika kami mandi, komputer riba itu akan ditinggalkan di dalam bilik, manakala di sisi ketika tidur," katanya.
Cia Fei juga berkata, dia tak pernah bosan berhubung dengan teman lelakinya itu kerana ada sahaja perkara rawak yang akan dibualkan sesama mereka.
.
Sumber: Tribunnews