Gadis Ini Nekad Tebuk Tengkorak Sendiri Sebab Tak Tahan Migrain

gadis ini nekad tebuk tengkorak sendiri sebab tak tahan migrain

Tak dinafikan migraine antara sakit yang sangat sukar ditanggung. Kalau kena tu, rasa macam ada benda yang tengah ketuk dalam kepala sehingga nak terpecah. Siapa yang pernah merasainya, dia fahamlah.

Zaman dulu, mereka sangat percaya akan prosedur yang dikenali sebagai kraniotomi ataupun trepanasi. Prosedur ni adalah salah satu pembedahan di mana tengkorak akan ditebuk lubang supaya penyakit migraine dan gangguan emosi dapat dihilangkan.

Bukan tu je, bagi mereka juga prosedur ini boleh memberi peningkatan kepada tahap kecerdasan otak seseorang.

Seorang gadis Amanda Feilding yang ketika itu berusia 27 tahun telah nekad melakukan prosedur itu kepada tengkoraknya sendiri.

 

Dia sanggup melakukan perkara itu kerana tidak tahan lagi dengan migraine, gangguan emosi dan mudah berasa letih yang sering dihadapinya. Itupun selepas dia meminta bantuan daripada beberapa orang doktor pakar namun, mereka telah menolaknya disebabkan tidak berani dan berisiko tinggi di mana boleh kehilangan nyawa.

Amanda telah menggunakan gerudi yan sering digunakan oleh doktor gigi untuk menebuk tengkoraknya. Bukan tu je, dia juga telah membuat lubang sedalam-dalamnya pada bahagian tengkorang sehinggalah dia berpuas hati.

Korang tau tak, selepas Amanda buat pembedahan tu, dia boleh pergi ke pesta rakannya dengan kepala yang berbalut. Apabila ditanya, Amanda dengan beraninya telah menceritakan bahawa dia baru sahaja melaksanakan kraniotomi sendirinya.

 

Sumber & gambar : I Am Lejen