Seorang wanita dari Bulukumba, Sulawesi telah dilamar pasangannya dengan menggunakan dua unit bitcoin.
Bitcoin merupakan mata wang kripto yang sangat bernilai. Setakat artikel ini ditulis, nilai 1 bitcoin adalah bersamaan RM 260,066.47, maka untuk lamaran kepada wanita terbabit ia bersamaan RM 520132.94 !
Menurut portal Kompas, wanita yang dikenali sebagai Bau Tenri Abeng, 31, melihat harga mata wang digital itu semakin meningkat kebelakangan ini, membuatkannya mahu ia dijadikan sebagai mas kahwin.
Selain dua mata wang digital ini, Tenri turut diberikan tiga bar emas dan perhiasan emas serta sepersalinan solat.
Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Makassar dan hanya dihadiri oleh ahli saudara terdekat serta kenalan rapat.
Tidak dapat dipastikan jumlah bitcoin dalam simpanan suaminya itu, namun yang pasti ia satu simpanan yang sangat lumayan buat masa ini.
Sumber: Kompas