Bakal Suami Enggan Ikut Adat, Gadis Kahwin Dengan Keris

Seorang gadis di Pulau Bali, Indonesia terpaksa melalui detik menyedihkan apabila terpaksa berkahwin tanpa calon suami dan digantikan pula dengan kehadiran sebilah keris.

bakal suami enggan ikut adat, gadis kahwin dengan keris

Pengantin perempuan, Ni Putu Melina, 22, dari Kecamatan Blahbatuh, Bali, telah menjadi tular selepas melangsungkan pernikahan sendirian pada 12 Januari lalu, gara-gara bakal suaminya enggan meneruskan perkahwinan.

 

Menurut bapa pengantin perempuan, punca pengantin lelaki enggan meneruskan perkahwinan itu adalah kerana sang lelaki enggan mengikut adat tradisional masyarakat Bali iaitu ‘nyentana’.

bakal suami enggan ikut adat, gadis kahwin dengan keris

Nyentana adalah adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya hamil.

 

“Mereka sudah lama bercinta, namun kerap  putus dan disambung semula. Pada mulanya, bakal suaminya setuju untuk ‘nyentana’ bagi tempoh sehingga anak saya disahkan hamil selepas berkahwin.

“Apabila persiapan perkahwinan sudah selesai, lelaki itu tiba-tiba tidak mahu untuk ‘nyentana’,” jelas bapa pengantin perempuan.

bakal suami enggan ikut adat, gadis kahwin dengan keris

Disebabkan tidak sampai hati untuk membatalkan majlis perkahwinan, mereka meneruskan acara dengan menggantikan pengantin lelaki kepada sebilah keris.

 

“Saya tidak malu video perkahwinan tanpa suami Melina tular kerana saya mahu orang tua dan gadis-gadis di luar sana ambil pengajaran apa yang berlaku.

“Cukup anak saya seorang yang diperlakukan begini,” jelas bapa pengantin perempuan lagi.

 

Sumber: [1], [2]